Monday, May 23, 2011

Muzik redakan tekanan



Rangsang pengeluaran hormon dan endorphin membuat kita selesa
Walaupun kesesakan lalu lintas antara perkara “wajib” dalam kehidupan warga kota, ada ketikanya kita hilang sabar,terutama apabila berdepan sikap kurang ajar sengaja buat tidak paham perturan jalan raya asal kan mereka cepat sampai ke destinasi yang di tuju.
  Apabila beredepan keadaan seperti ini, apa biasanya anda lakukan? Membunyikan hon,merungut,menjerit marah atau maki hamun pemandu untuk mengelak perasaan geram?
  Biar apa pun tindakkan anda, jangan biarkan perasaan itu terus menghantui kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah meningkat dan membuatkan kita bertambah geram dan tertekan.
  Selapas ini apabila berada di dalam sitiasi sama,apa kata anda menarik nafas panjang dan lepaskan perlahan-perlahan dan senyum.
  Jika memandu sendiri,hadiahlah senyuman itu kepada diri sendiri.
  Fikir perkara positf dan mengandaikan pemandu berkenaan dalam kecemasan sambil mendoakan dia menjadi pemandu lebih berhemah.
  Mukin ramai tidak sedar kita mendapat banyak manfaat jika mempunyai fikiran positif dan bersangka baik terhadap orang lain.
  Apabila kita berfikiran positf badan secara tidak lansung memberi tindak balas positif juga.
  Kaedan ini terbukti dapat mengawal kadar detupan jantung dan terkanan darah kita.Malangnya lebih 80 pertus orang mempunyai pemikiran negatif,walaupun terhadap diri sendiri.
  Ayat positif jika di sebut berulang kali bleh menjadi pencetus semangat dan membuatkan kita bersa lebih bersemangat dan tenang.
  Bagi umat islam,kita boleh berzikir,beristifar atau membaca surah pendek untuk meredakan perasaan geram, terutama ketika memandu.
  Lebih baik jika dipasang bacaan ayat suci al-quran kerana ia boleh mengalih perhatian kita daripada terlalu memikirkan sikap pemandu lain yang kurang berilmu itu.
  Selain itu kita boleh mendengar muzik atau lagu. Kajian menunjukkan muzik mempunyai kesan tidak langsung kepada penghasilan hormon  tekanan dan merangsang pengeluarkan hormon noradrenalin dan enddorfin yang membuat kita rasa selesa
  Dari sini, bacaan kemidian menghasilakn lebih banyak antibody yang akan menguatkan daya tahanan badan . Jenis mizik untuk mengurangkan tekanan berbeza mengikut cita rasa dan personality setiab orang.
  Penyelidik mendapati kadar penafasan,takanan darah dan pengecutan otot  perut berubah mengikut jenus mizik yang didengar. 
  Alunan muzik lembut dan menenangkan boleh menurunkan tekanan darah ke tahap tertentu.Otak kita ada dua bahagian, iaitu otak kiri (pemikiran logical) dan otak kanan (pemikiran kretif) yang boleh dihubungkan fungsinya melalui muzik
  Otak bertindak balas terhadap muzik lembut dan tenang melalui beberapa pertukaran daripada fasa beta (pemikiran cergas dan peka) kepada alfa, teta dan delta (ketika tidor lena, iaitu fasa yang sangat tenang).
  Namun kaedah yang di cadangkan di atas masih belum cukup kerana untuk menjadi individu yang positif dan yang tenang kita perlu melakukan beberapa berubahan lain, terutama sikap.Antara perubahan baik untuk ketenangan minda dan kesihatan ialah:
O>Banyakkan bersenyum -berikan senyuman kepada semua orang tanpa mengharpkan balas kasihan apabila tersenyum, kita barasa senang hati.
0>belajar tiknik mengawal perasaan marah dan elak memarahi atau memaki orang lain,terutama ketika memandu.
  Perasaan marah membuatkan janung berdegup cepat dan tekanan darah meningkat.Jangan biarkan orang lain merosakkan kesihatan kita dan jika berada dalm situasi yang boleh membuatkan kita berasa geram atau marah, segera beredar dari tempat berkenaan.
O>Beri tumpuan pada setiab perkara yang dilakukan. Lakukan sesuatu perkara pada masa yang sama, dengam member keutamaan kepada yang penting dan perlu disegarakan.
    Selain itu elak menangguhkan kerja kerna ia hanya membuatkan kita berasa tertekan apabila tarikh akhir menghantar tugasan terlalu hamper.
O>Buang sikap suka menyalahkan orang lain ayau diri sendiri. Kesilapan sebanarnya antara cara untuk kita memperbaiki kelemahan diri.
O>belajar menerima kelebihan orang lain dan mengakui kelemahan diri sendiri. Pada masa sama, belajar melupakan kelebihan diri sendiri tetapi mengingatkan dan menghargai kebaikkan orang lain.
O>jurangkan pengambilan kafein dan banyakkan minum air kosong sekurang-kurangnya satu hingga satu setengah liter sehari.
    Air menyinkir toksik daripada badan yang segara tidak langsung membuat kita berada lebih segar dan sihat.
O>Buat cacatan perhargaan setiab hari. Ambil masa atau dua minit untuk menulis perkara yang kita syukuri untuk hari berkenaan;tak kira sama ada ia basar atau kecik; membabitkan cuaca , lalu lintas,kerja, keluarga dan rakan.
    Tulisjug bantuan atau kebaikkan yang dilakukan oleh orang lain terhadap anda pada hari itu.
O>Jangan tingkal solat, solat adalah cara terbaik untuk menenangkan hati dan fikiran kerana ia bukan saja mengandungi bajaan yang menjadi terapi penenang hati, malah bacaan dalam solat juga sebananya mengajar kita untuk bernafas dengan kebih baik.

              Selamat mencuba

1 comment: