Tuesday, May 3, 2011

Gelombang Asap Hitam

Ini adalah sebuah kisah eklusif untuk anda semua.. Kejadian dlm jam 2 pm td...
Selepas lunch dengan ofis mate di windmill bukit bruang, dalam perjalanan pulang kami lihat ada asap hitam yang tebal naik kelangit di kawasan perindustrian ayer keroh. untuk mendapatkan kepastian apa yg berlaku disana, kami terus ke kawasan kejadian. Rupa-rupanya sebuah kilang pengedar barangan sembahyang cina sedang dijilat api
Api marak dengan cepat sehingga usaha untuk memadamkan api agak sukar dilakukan oleh pihak bomba. Tetapi bomba tetap berusaha keras untuk memadamkan api yg merak itu. 5 jentera bomba dari balai yang terdekat digunakan untuk memadamkan api. Bomba terpaksa mengambil masa yang lama memadamkan kebakar itu kerana masalah saluran air di tempat itu.
 Dibawah kami ada uploadkan sdikit gambar sekitar kebakaran berlaku.



1 comment: