Thursday, March 31, 2011

satu lagi cerpen pendek...

Disco...
Julia mengadu masalah pada teman baiknya zita, tentang suaminya yang kaki disco...
julia: Aku terpaksa minta cerai dari suami aku.
Zita: Eh! kenapa pula?
Julia: Aku tak tahan lagi, tiap2 malam kerjanya asyik kluar masuk disco je.
Zita: oh! kaki disco la laki ko tu..hmmm.. memang ptot ko minta cerai!!
Julia: yalah! aku tak tahan tiap2 malam dea ulang alik ke disco nk cari aku...
( kalau dpt bini mcm ni sure kne cerai)


hanya sekadar hiburan sahaja..Tiada kaitan antara yg hidup mahupun yg meninggal dunia.. (^_^)

Sunday, March 27, 2011

cerpen pendek untuk anda smua.. smoga terhibur..


 
cerpen pendek untuk anda smua.. smoga terhibur.. 


Kisah Duit 50 sen..
Suatu hari, Pak pandir pergi ke masjid untuk bersolt jemaah. Kebetulan dia membawawang 50sen dlm kocek bjunya. Pak pandir bercdang mse pulng dr masjid anti dea nk blikn gula2 untuk ankya. Ketika sdang rukuk, tiba2 wang 50sen Pak Pandir terjatuh dan tergolek di hadapan saf jemaah lain. Mulanya Pak Pandir diam saja, tp bila memikirkan takut de org lain akn mengambil wangnya itu, Pak Pandir pon bersuara pelahan-lahan.
Pak Pandir: Tolong jgn ambil duit aku tu ye!
Jemaah 1: Eleh!, x heran la stakat 50sen tu!
Jemaah 2: Wei! org sembhyang mana boleh ckp!
Pak Pandir: Habis.... yg ko berckp tu...!
Jemaah 3: Nasib baik aku tak cakp...


hahahaa.... smoga terhibur..

hanya sekadar hiburan, tiada kaitan antara yg hidup ataupon yg telh meninggal dunia...




snyum kucing ^^

Tuesday, March 22, 2011

Sayangi jantung anda


PADA dasarnya, penyakit jantung adalah pembunuh senyap di kalangan wanita yang boleh diibaratkan sebagai bom jangka yang menunggu masa untuk meletup.
Menurut data yang dikeluarkan oleh Pemantauan Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) Malaysia 2005/2006, faktor risiko NCD yang jelas, seperti hiperkolesterolemia, kenaikan glukosa darah, obesiti (kegemukan) dan sebagainya adalah lebih tinggi di kalangan wanita berusia 25 hingga 64 tahun berbanding lelaki dalam kumpulan usia yang sama.
Menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr. Khoo Kah Lin, yang juga Pengarah Yayasan Jantung Malaysia (YJM), penyakit jantung adalah pembunuh nombor satu di kalangan wanita di Malaysia dan di seluruh dunia sejak berpuluh-puluh tahun lamanya.
"Penyakit jantung sentiasa dianggap sebagai penyakit lelaki kerana kaum lelaki mendapat penyakit ini 10 tahun sebelum wanita.
"Wanita dilindungi daripada penyakit jantung oleh tahap estrogen yang tinggi. Bagaimanapun, ini tidak bermakna wanita 'imun' atau lali kepada penyakit ini,” jelasnya.
Tambah Dr. Kah Lin, tahap estrogen turun apabila wanita sudah menopaus atau putus haid. Tahap trigliserida dan LDL (kolesterol jahat) di kalangan wanita yang berumur juga naik, bukan sahaja disebabkan menopaus tetapi juga disebabkan kenaikan berat badan dan penuaan. Semua ini menaikkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita.
Jadi, sebelum putus haid, risiko wanita mendapat sakit jantung adalah lebih rendah berbanding lelaki.
Namun, keadaan berubah apabila putus haid. Risiko wanita mendapat penyakit jantung kini setara dengan lelaki.
Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kesedaran umum terhadap kesihatan wanita, khususnya berkaitan kanser payu dara dan kanser serviks (pangkal rahim), telah meningkat.
Kini wanita lebih menyedari tentang penyakit ini dan tahu cara untuk mengambil langkah pencegahan yang perlu untuk menjaga kesihatan mereka.
Tetapi mengapa penyakit pembunuh nombor satu di kalangan wanita ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya?
Inilah yang mendorong Kah Lin berusaha meningkatkan kesedaran di kalangan wanita, khususnya mereka yang berisiko tinggi. Baru-baru ini, Kah Lin sempat ditemuramah tentang usahanya meningkatkan kesedaran sakit jantung di kalangan wanita dan risiko yang dihadapi golongan ini.
Soalan
Walaupun mempunyai jadual tugas yang sibuk, Datuk tetap memainkan peranan aktif untuk menggerakkan kempen Go Red for Women di Malaysia sempena Hari Wanita Antarabangsa pada 8 Mac. Mengapa?
Jawapan
Sebagai ahli Persekutuan Jantung Dunia, YJM ingin memainkan peranan dalam usaha menonjolkan penularan penyakit jantung di kalangan wanita. Sebagai seorang pakar kardiologi, saya berpendapat bahawa kesihatan jantung di kalangan wanita patut diberi lebih perhatian.
Wanita menjaga semua orang di keliling mereka, tetapi mereka sering mengabaikan diri mereka sendiri dalam proses menjaga orang lain.
Kempen antarabangsa Go Red for Women bertujuan untuk mengurangkan penyakit kardiovaskular (CVD) di kalangan wanita dengan meningkatkan kesedaran global dan komitmen kepada CVD di kalangan wanita.
Soalan
Bukankah penyakit jantung lebih kerap menyerang lelaki daripada wanita?
Jawapan
Pada umumnya, penyakit jantung memang dianggap menyerang kebanyakan lelaki, malah pakar penjagaan kesihatan profesional sendiri memberi lebih tumpuan kepada lelaki daripada wanita.
Salah tanggapan inilah sebenarnya yang menyebabkan kita perlu mendidik orang ramai amnya dan wanita Malaysia khususnya, tentang serangan penyakit jantung di kalangan wanita.
Seorang dalam setiap empat wanita Malaysia mati akibat penyakit jantung yang juga merupakan punca utama kematian di kalangan wanita. Kematian akibat sakit jantung adalah 2.5 kali lebih tinggi daripada kematian akibat semua penyakit kanser. Malah, dari tahun 1990 hingga 2005, penyakit jantung di kalangan wanita meningkat sehingga 135 peratus.
Soalan
Mengapa kadar kematian wanita yang disahkan sakit jantung begitu tinggi?
Jawapan
Biasanya saiz wanita adalah lebih kecil berbanding dengan lelaki. Ini menyukarkan rawatan, terutamanya apabila menggunakan kaedah angioplasti dan pembedahan bypass kerana saluran darah adalah lebih kecil.
Soalan
Apakah punca utama penyakit jantung di kalangan wanita?
Jawapan
Faktor risiko penyakit jantung adalah sama di kalangan lelaki dan wanita. Faktor yang paling tinggi menyumbang kepada penyakit jantung ini adalah Diabetes Mellitus, yang turut dikenali dengan risiko bersamaan kardiovaskular.
Ini bermakna, sekiranya anda merupakan pesakit diabetes, besar kemungkinan anda mempunyai penyakit jantung. Selain itu, obesiti, kolesterol tinggi, hipertensi, pengambilan lemak secara berlebihan, kurang bersenam, dan merokok turut menjadi faktor penyumbang kepada penyakit jantung.
Tambahan pula, risiko CVD di kalangan wanita menjadi lebih tinggi apabila usia mereka meningkat, disebabkan perubahan fisiologi yang dikaitkan dengan usia pertengahan dan menopaus, iaitu perlindungan semula jadi mereka daripada penyakit jantung.
Estrogen berkurangan apabila putus haid. Namun, wanita lebih muda juga perlu menjaga kesihatan jantung mereka.
Soalan
Saya dapat tahu kesedaran terhadap gejala awal serangan jantung boleh menyelamatkan nyawa. Apakah gejala jelas yang menandakan serangan jantung di kalangan wanita?
Jawapan
Faktor risiko di kalangan wanita adalah sama seperti lelaki, tetapi wanita yang mengalami serangan jantung mungkin tidak menunjukkan tanda amaran seperti lelaki. Angina atau lebih dikenali sebagai sakit dada, adalah tanda amaran awal serangan jantung.
Anda akan rasa himpitan dalam dada secara mendadak yang kemudian merebak ke lengan.
Ini adalah kerana jantung anda tidak mendapat cukup oksigen disebabkan pengumpulan plak dalam arteri jantung. Selain daripada itu, anda akan merasa sakit di bahagian rahang, bahagian depan leher dan juga lengan, terutamanya lengan kiri, kadang-kala sakit pada kedua-dua lengan dalaman. Gejala-gejala yang lain termasuk sukar bernafas dan keletihan.
Soalan
Seperti yang sering dikatakan, pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Jadi, soalan penting ialah bagaimana saya, sebagai seorang wanita, boleh mencegah serangan jantung?
Jawapan
Mengekalkan berat badan yang sihat adalah cara yang berkesan untuk menjaga kesihatan jantung. Amalkan gaya hidup sihat dengan bersenam secara sederhana setiap hari selama 30 minit. Makan secara sederhana dan ambil makanan yang sihat untuk jantung.
Pilih makanan serat tinggi dan rendah lemak dan kurangkan pengambilan garam. Satu lagi langkah pencegahan yang mudah tetapi sangat berkesan ialah berhenti merokok, kerana merokok merosakkan jantung dan saluran darah.
Kawal tekanan darah dan tahap kolesterol andadan ketahui sejarah keluarga anda sama ada terdapat anggota keluarga yang menghidap diabetes, tekanan darah tinggi dan sakit jantung dalam usia muda (bawah usia 55 tahun bagi lelaki dan bawah usia 65 tahun bagi wanita).
Ini seharusnya memberi isyarat amaran awal untuk anda memberi lebih perhatian kepada kesihatan jantung anda.

Tentera Gaddafi terus dibedil


TRIPOLI 21 Mac – Kuasa Barat melancarkan gelombang kedua serangan udara ke atas Libya awal hari ini selepas menyekat kemaraan tentera Muammar Gaddafi ke Benghazi dan membedil sistem pertahanan udara bagi membolehkan pesawat tentera bersekutu meronda di ruang udara negara ini.
Campur tangan ketenteraan dinamakan Operasi Odyssey Dawn dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sokongan Liga Arab itu bertujuan untuk melindungi penduduk awam yang terperangkap dalam pemberontakan menentang Gaddafi sejak sebulan lalu.
Namun serangan itu telah dikritik oleh Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa yang mempersoalkan keperluan untuk melancarkan bedilan besar-besaran yang katanya telah membunuh ramai penduduk awam.
Moussa juga berkata, operasi ketenteraan itu sudah terkeluar daripada objektif ‘zon larangan terbang’ yang disokong oleh Liga Arab.
Bagaimanapun Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara dengan bantuan Britain, Perancis, Itali dan Kanada antara lainnya berkata, kempen itu berhasil dan AS menolak gencatan senjata yang diumumkan oleh tentera Libya malam tadi.(Petikan dr utusan malaysia)
Dengan campur tgn negara asing lbih rmai la rakyat yg terkorban.. apa2 pon kita sama2 mendoakan rakyat islam disana selamat insyaallah amin..

Monday, March 21, 2011

luahan hati...

cinta dtg tnpa diduga dan cinta akn pergi tanpa disangka....
kemanisan dalam pecintaan memang terlalu indah.. hidup bagai diawang-awangan.. ari2 yg mendatang hanya dia shaja yg bertahta dihati dan hidup seperti xsempurna tanda sidia.. seperti pribahasa melayu langit tidak selalunya indah, kemanisan xselalunya berpanjangan, akan ada pahit jugak akhirnya.. keperitan dlm pecintaan sngtla pedih sehingga seseorang itu boleh melakukan sesuatu yg diluar jangkaan akal.. kesefahaman, kepercayaan dan kejujuran adalah kunci setiap percintaan.. telah tertulis tiada jodoh antara kita berdua.. hope u happy with your love..

Sunday, March 20, 2011

Kenduri asam pedas 1Malaysia


JASIN 20 Mac - Kebiasaannya pekarangan rumah milik sepasang suami isteri di Pengkalan Samak, Merlimau di sini meriah dengan majlis kenduri dan kegiatan gotong-royong bagi meraikan keluarga mereka, saudara mara dan penduduk sekitar kampung berkenaan.
Namun, keadaan sedikit istimewa baru-baru ini apabila pekarangan rumah milik Wan Syed Hashim Wan Mohammad, 63, dan isteri, Zainah Cheku, 57, menerima kunjungan hampir 1,000 tetamu pelbagai kaum sempena program Merakyatkan Seni dan Budaya 1Malaysia Melaka.( sdikit petikan dr utusan malaysia.)
diharapkan lebih bnyk acara seperti ini akan dilakukan supaya masyart berbilang kaum dpt bersatu demi malaysia tercinta.. 

Thursday, March 17, 2011

kari Kepala Ikan.. nyam2..


Orang kata rezeki jgn ditolak musuh jgn dicari... Tengah2 syok lyn poker kt FB tiba2 de 1 suara yg samar2 seperti memanggil2.. dek kerana dok ngh fill giler2 kt poker aku wt xtau je.. dlm keasyikan mlayn game poker tiba2....jeng3(dh mcm cite hntu lak huhuu..) suara itu smakin dkt dan setiap perkataan smakin jelas bebunyi( hey pekak ke!! org nk bnje mkn ni.. nk ikut x!!) rupa2nya akak ofis mate sudh lama terpacul kt sebelh.. hahaaa...


Nak bnje mkn kari kpala ikan rupanya.. peh aku ngn pantas serta berlari-lari anak supaya tidak ditinggalkan.
Lokasi kami makan di bukit katil berhampiran ngn JPJ.. memang best la bukn stakt kari kpala ikan, ada udang goreng tepung, sambal petai ayam goreng,ulam-ulaman,dan minumanya air tebu asli dr ladang tebu...
 ( ^-^) 
Makanan yg ada kt sana ada pelbagai2.. smpai xtahu nk mkn yg mana.. semuanya nmpk sdp2 belaka..
kalau anda ada ke kawasan sana rugi kiranya x mencuba kari kpala ikan disana kerana kepuasan dan kenikmatan adalah pasti..
wokey la sudh kenyang mata pon sudah kuyup apa ag zzZZzzz hahhaaaa...

Wednesday, March 16, 2011

Konvoi Sambil Beramal Ke Seremban Pada 27.02.11

Pemuda dan belia Kg aku dh rancang nk wt konvoi smbil beramal ke umh ank2 yatim.. 2 rumah ank yatim yg kami lawati di mlaka dan seremban.. Diats aku de sajikn sdikt gmbr tuk korg tgk... jom lyn...


sdikit gmbr yg disajikan untuk anda semua smasa konvoi ari tu... jom layan