Tuesday, April 26, 2011

ais blended apple green...


Tadi selepas menyelesaikan tugas di bandar melaka, aku pon terus pergi ke carefour dataran pahlawan untuk menikmati ais blended. antara ais blended yg terbaik adalah di apple green dlm bangunan carefour... kelembutan ais yg dihancur rapi, ditambah pula dgn peal yg kental... emmmm... enak skali... cubalah.. pasti puas ati..

 

Thursday, April 14, 2011

Sambutan Melaka Badaraya Bersejarah.

Mlm ini tepat pukul 12 tgh mlm, Negeri Melaka akan menyambut ulang tahun ke 8 Majlis Bandaraya melaka Bersejarah. Pelbagai acara akan diadakan sementara menunggu tepat jam 12 tgh mlm... mai la kita ramai2 memeriahkannya.. Melaka semakin maju dibawah kepimpinan  Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam. Tahniah di ucapkan. Kapal Dagang Dari Seberang, Sarat Muatan Kayu Meranti, Dari Jauh Tuan Puan Datang, Orang Melaka Sentiasa Menanti.

Monday, April 11, 2011

SEORANG AHLI PARLIMEN INDONESIA MENONTON FILEM LUCAH DI DEWAN PERWAKILAN RAKYAT.

 Arifinto pada jumaat lalu terperangkap dengan lensa jurugambar akhbar indonesia,yang  dilaporkan leka menonton video porno ketika persidangan parlimen berlangsung.
 Sementara itu orang paling gembira apabila mengetahui berita wakil rakyat Arifinto menonton video lucah mendapat liputan meluas di media indonesia ialah pelakon filem lucah, Vicky Vette.
"Saya terlalu gembira kerana Arifinto menerima kiriman e-mail saya. saya ada mengirim foto-foto terbaik saya," katanya dalam laman sosial Twitter peribadinya.
Petikan dr Utusan Malaysia semalam...
dasyat btol smpai xmenyempat nk tgk... huhuu

Sunday, April 3, 2011

SDIKIT TIP SBELUM TEMUDUGA.



* Buat kajian mengenai syarikat,perniagaan dan pekerjaan yg dimohon selain    mengetahui serba sedikit mengenai perkembangan semasa dalam industri perniagaan.
* Berlatih untuk menjawab dengan jawapan yg sesuai.
* Semak kembali resume anda.
* Buat pengesahan tempat, masa dan tarikh temuduga.
* Penampilan diri yg sesuai.
*Yakin dengan diri anda.
*Berkomunikasi dengan baik.
*Berdikari dan boleh dipercayai.
*Tepati masa.
*Belajar mengutamakan perkara yang penting.
*Menunjukkan insiatif yg tinggi.
*Bersemangat dalam melaksanakan tugas.
*Pemikiran kreatif dan kritis.
*Terbuka menerima kritikan.
*Ubah perasaan 'panik' untuk temuduga kepada 'seronok' untuk datang ke    temuduga mulai sekarang.