Thursday, November 24, 2011

Bertongkat curi kereta ( petikan dari harian metro )

                                  RAMPAS...Abd Razak menunjukkan kereta yang dirampas daripada suspek.


SERDANG: Biarpun terpaksa bertongkat kerana kecacatan kaki, ia tidak menghalang seorang lelaki orang kelainan upaya (OKU) berusia 30-an menjadi dalang sindiket curi kenderaan di sekitar Seri Kembangan, di sini.
Suspek dipercayai menggunakan kekurangan itu sebagai sebahagian daripada modus operandi iaitu bagi mengalihkan perhatian orang ramai manakala rakannya mencuri kenderaan di tempat awam.

Bagaimanapun, kegiatan suspek bersama dua lagi rakannya yang digelar ‘Geng Waja’ ditumpaskan polis selepas ditahan dalam Ops Lejang pada jam 2 petang, Isnin lalu.

( masyaallah tuhan dh ambil sdikit nikmat dunia terhadap dia tp dia tetap x berubah.. buat2 lah bertaubat bang oii.. masih bnyk ag pekerjaan yg halal.. )

No comments:

Post a Comment