Tuesday, March 22, 2011

Tentera Gaddafi terus dibedil


TRIPOLI 21 Mac – Kuasa Barat melancarkan gelombang kedua serangan udara ke atas Libya awal hari ini selepas menyekat kemaraan tentera Muammar Gaddafi ke Benghazi dan membedil sistem pertahanan udara bagi membolehkan pesawat tentera bersekutu meronda di ruang udara negara ini.
Campur tangan ketenteraan dinamakan Operasi Odyssey Dawn dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan sokongan Liga Arab itu bertujuan untuk melindungi penduduk awam yang terperangkap dalam pemberontakan menentang Gaddafi sejak sebulan lalu.
Namun serangan itu telah dikritik oleh Setiausaha Agung Liga Arab, Amr Moussa yang mempersoalkan keperluan untuk melancarkan bedilan besar-besaran yang katanya telah membunuh ramai penduduk awam.
Moussa juga berkata, operasi ketenteraan itu sudah terkeluar daripada objektif ‘zon larangan terbang’ yang disokong oleh Liga Arab.
Bagaimanapun Amerika Syarikat (AS) yang melancarkan serangan udara dengan bantuan Britain, Perancis, Itali dan Kanada antara lainnya berkata, kempen itu berhasil dan AS menolak gencatan senjata yang diumumkan oleh tentera Libya malam tadi.(Petikan dr utusan malaysia)
Dengan campur tgn negara asing lbih rmai la rakyat yg terkorban.. apa2 pon kita sama2 mendoakan rakyat islam disana selamat insyaallah amin..

No comments:

Post a Comment